Kepada yang singgah blog DeQdEq pada hari semalam dan hari ini, pasti mengetahui episod baru dalam hidup DeQdEq untuk mengejar impian demi mendapatkan kembali berat badan ideal dan hidup yang lebih sihat.
Hari pertama memulakan program ni, agak mencabar juga bagi DeQdEq…sebabnya, macam yang DeQdEq ceritakan sebelum ni, DeQdEq merasa pening kepala lepas minum teamix.
Jadi, DeQdEq rujuk kepada coach DeQdEq, coach DeQdEq katakan sememangnya dia menunggu DeQDEq mengadu rasa pening atau sakit kepala ni. Sebabnya, bila pening kepala tu, menunjukkan tindak balas pembuangan toksin dari badan kita.
Macam mana dinyahkan toksin tu…melalui air kencing. Mana taknya, hari ni rasanya dah lebih 10 kali DeQdEq ke tandas untuk membuang air kecil…yelah, dah kena minum berliter-liter air, mesti la kena buang kan.
Apa DeQdEq makan untuk hari pertama ni? Adakah nasi perlu ditinggalkan terus…oh tidak…sebenarnya, anda jangan salah sangka pelan dan menu bila kita menggunakan produk herbalife ni.
Sebenarnya, kita tetap disuruh mengambil nasi seperti biasa, tapi cuma hanya waktu makan tengah hari sahaja. Jadi, kita perlulah menghargai waktu makan tengah hari tu dengan mengambil ‘portion’ yang sesuai juga lauk yang seimbang.
Nasi hanya 1/4 pinggan, lauk ikan, tauhu, tempe, tofu atau lain-lain juga 1/4 pinggan. Maka yang selebihnya adalah sayur….
Untuk sarapan dan makan malam, semestinya perlu mengambil shake. Jadi, kita dapat mengurangkan pengambilan nasi kita…kalau selalu mungkin 2-3 kali sehari, tapi sekarang hanya sekali sehari.
Air pula adalah elemen penting dalam program diet ini…ini kerana air memainkan peranan yang sangat penting dalam pembuangan toksin dalam badan juga lemak kita.
Sehari kena minum air sebanyak 4 liter atau lebih..di hari pertama ni, DeQdEq berjaya habiskan hanya 3.6 liter air….2 liter pertama atau 1 botol air herbalife yang besar tu, DeQdEq berjaya habiskan pada pukul 4 petang. Manakala bakinya, DeQdEq hanya boleh minum setakat pukul 12 tengah malam…pastu dah tidur….
1 comment:
bgs la..smoge deq2 bjaye..mcm kwn sy tu
Post a Comment