Tuesday, 18 January 2011

Jom Tukar Link

DeQdEq mendapat idea untuk bertukar-tukar link dengan kawan-kawan blogger semua…Rasanya semua pun tahu kan betapa bertukar link dapat membantu meningkatkan trafik ke blog kita.

DeQdEq mendapat idea untuk membuat satu blog khas untuk letak link-link blog kawan-kawan semua mengikut kategori yang sesuai dengan blog anda…kalau ada lebih dari 1 blog pun boleh diletakkan di sini..sbb DeQdEq akan cuba muatkan semua link kat blog ni mengikut kategori. Idea ni DeQdEq dapat dari kawan sekolah DeQdEq iaitu mie yang menyambut hari lahirnya hari ini…

 

SELAMAT HARI LAHIR MIE

 

Kalau nak letak semuanya kat blog  ^ _ ^ penawar rindu, pengubat jiwa ^ _ ^ ni macam tak cukup ruang je kan…jadi DeQdEq nak pastikan semua kawan-kawan boleh masuk dalam senarai blog DeQdEq.

 

Mungkin dengan cara ini dapat sama-sama kita membantu untuk meningkatkan trafik. DeQdEq tak boleh nak jamin yang dengan masuk bloglist DeQdEq ni, blog korang akan dapat trafik kencang…sebabnya blog DeQdEq pun masih suam suam kuku…tak ada la hebat macam blog BEN ASHAARI atau Cik Epal. Tapi tak salah kalau kita berkongsi kan.

 

Berikut antara senarai yang DeQdEq tengah fikir untuk letak dalam blog exchange link tu nanti:

 

Mama dan Papa Kucing

Ini khas untuk pencinta kucing di luar sana yang sangat-sangat baik hati. bila dah ada blog ni, baru DeQdEq jumpa ramai pencinta kucing yang sanggup dan baik hati berkorban masa, wang, dan tenaga demi menjaga meow…

Andai anda terdiri dari blogger pencinta kucing…anda akan tersenarai dalam bloglist Mama dan Papa Kucing.

Yang mana DeQdEq dah tau DeQdEq akan letakkan terus dalam senarai ni…tapi pada blog yang DeQdEq belum kenal, boleh la tinggalkan link nanti yer.

 

Chef Hotel 10 bintang

Kategori ni plak khas untuk yang suka berkongsi resepi….ramai juga yang DeQdEq tengok ada blog resepi kan…jadi kategori ni khas untuk anda…jadi senang bila orang nak cari resepi..terus je ke blog anda.

 

Photographer/ Videographer/ Butik Pengantin

Kategori ni DeQdEq nak buat supaya senang DeQdEq nak rujuk bila nak kahwin nanti…heheheh….sekurang-kurangnya korang pun boleh juga tengok kat senarai ni je bila nak survey nanti kan…

 

Control Macho

Kategori ni adalah untuk blogger yang tak termasuk dalam senarai kat atas ni…tapi hanya untuk blogger lelaki je…sebab tu la nama kategori pun Control Macho

 

Contol Ayu

Ini plak khas untuk rakan blogger wanita yang tak termasuk dalam kategori-kategori di atas yer…anda semuanya cantik dan ayu, jadi kategori khas hanya untuk anda.

 

Macam mana? Ok tak idea DeQdEq nih…..jadi lepas ni DeQdEq akan buat satu entry khas untuk pertukaran link nih…jadi korang semua tinggalkan link dan juga kategori mana yang sesuai dengan korang yer…

25 comments:

Kak Lia said...

1 lagi ruang...utk crafter....cam MR ..hehhhee

Nurdiyana Yaccob said...

@ mamarempit:

ooo...ni geng yang suka jahit2 manik ke? kalau ramai boleh jer DeQdEq buka kategori khas tuk mamarempit n the geng

suria lekatlekit said...

akak nk kategori mana ni??

Nurdiyana Yaccob said...

@ the lekat lekit story:

emmm....ada juga terfikir nak buat kategori khas tuk mama2...

tak lama lagi akak leh la masuk kategori mama..hehehe

buat masa ni kategori Control Ayu la dulu kan...

Raden said...

dedeq wat utk group dak sengal boleh? heee

Nurdiyana Yaccob said...

@ amira naddia:

budak sengal tu macam mana? heheheh..nak tau juga baru boleh buka kategori dak sengal

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..sy folo blog ini..bagus idea awak nie..bijak...

Nurdiyana Yaccob said...

@ sahromnasrudin:

idea ni DeQdEq dpt pun dr kawan...jadi cuma nak follow je ..heheh...

tima kasih ye sudi singgah dan follow blog ni...

nnt jgn lupa tingglkn link dan kategori mana yer...

Anonymous said...

follow & blogwalking...

mehla jenguk belog ai..

salam kenal!(^_^)

Sunah Sakura said...

nak masuk mama kucing! :D

Nurdiyana Yaccob said...

@ sunah mohammad:

ok..boleh je dear..nnt bila DeQdEq dah post entry nnt tingglkn link dan juga kategori pilihan

klu ada 2-3 blog, semua pun boleh letak...

eiela said...

baguslah kak, mau masuk jugak nanti

Latest Entri :
Kerisauan Seorang Bapa

Nurdiyana Yaccob said...

@ eiela:

k...nnt bila DeQdEq post entry...jgn lupa yer tingglkn link dan kategori pilihan

Nurdiyana Yaccob said...

@ noremy:

tima kasih sudi singgah blog DeQdEq yer..nnt join la exchange link DeQdeq yer

ketawariang said...

salam... br je follow blog ni... nak kategorikan diri sndr chef hotel 10 bintang xpe ke? tgh update utk share homemade recipes..

Nurdiyana Yaccob said...

@ ketawa riang:

boleh je..asalkan mmg blog tu pasal resepi...anda adalah chef hotel 10 bintang...

nnt bila DeQdEq dh buat entry khas...jgn lupa tingglkan link dan kategori ye

mie said...

uihh!!
ada gambar..
terasa hensem pula..
ehheee

Nurdiyana Yaccob said...

@ mie:

hensem la tu....hehheh...

Sunah Sakura said...

erk, hehehe..banyak blog...:D

Nurdiyana Yaccob said...

@ sunah mohammad:

ada blog apa lagi? DeQdEq tak sempat nak tgk lg...tp nnt tinggalkan je semua link tu ye dan jg kategori

Myvitrd said...

bagus idea tu.. semakin hari semakin kreatif deqdeq ni. bagus..teruskan usaha.. kawan2 support dari belakang

Nurdiyana Yaccob said...

@ myvitrd:

ini pun amik idea kwn...dia share idea ni...

tima ksh sudi support DeQdEq...

Unknown said...

deqdeq sayangg
aiseh..lame gile tak BW...
busy gle catch up event herbalife..:)

wahh...nk join boleh tak sayang? ;)

Nurdiyana Yaccob said...

@ luvYOU:

silakan join...terbuka untuk semua

Matt Ferdauz said...

assalamualaikum DeQdEq..saya nak tukar link jgak ek...blog saya pasal bolasepak .. masukkan saya kategori kontrol macho boleh? hahaha..T,Q
http://theredkijangemas.blogspot.com