Kenapa ada manusia yang sangat kejam…apa gunanya akal pemberian Allah buat mu wahai manusia….DeQdEq tak mampu berkata-kata melainkan air mata ini yang mengalir laju saat menonton video pasal seekor kucing malang yang telah dipotong 2 kakinya hanya kerana mencuri ikan di kedai makan.
Kenapa ada manusia macam ni? KENAPA? apa la sangat kesalahan seekor kucing macam HERO tu…kucing tak punya akal…jangan disalahkan kucing andai bertindak sesuatu yang menjengkelkan.
HERO lapar dan cuma mahukan makanan…andai MANUSIA itu berikan sedikit makanan pada HERO…HERO takkan mencuri…kucing mempunyai lebih banyak sifat mulia andai nak dibandingkan dengan MANUSIA yang tak mahu menggunakan akal.
Sebelum nih, DeQdEq ingat melihat Lucky…DeQdEq rasakan sangat2 kesian dan simpati nasib menimpa Lucky….tak pasti kecacatan Lucky adalah sejak lahir atau pun disebabkan kemalangan.
Tapi bila menonton video HERO…DeQdEq rasakan nasib Lucky masih bertuah…punya keempat-empat kaki…cuma Lucky mempunyai masalah nak imbangkan badan dan macam sakit Parkinson.
Kalau nak dibandingkan Lucky dan HERO….nasib HERO lebih teruk…diseksa sebegitu kejam oleh MANUSIA yang tak menggunakan AKAL…2 kaki HERO dipotong tanpa belas kasihan…Kini HERO meneruskan hidup dengan hanya 2 kaki…bertapa tabahnya HERO.
INILAH HERO….kalau nak dapatkan sticker ni sebagai tanda sayangkan haiwan..boleh KLIK SINI
Nak tau kisah HERO yang sebenar…..bacala di sini >>>> KISAH HERO
Temui juga PAPA HERO di blog KAKI MOTONG.COM
Kalau rasa diri anda insan yang kuat dan tabah hati….sila lah tonton derita HERO ini…Hero- Saleem namun ku punya hati ( Yet I Do Have A Heart )
P/S:
Di sebalik kisah HERO ni…DeQdEq tau….ramai lagi insan mulia yang ada di muka bumi ini yang kasih dan sayangkan haiwan terutamanya kucing dan anjing kerana haiwan ni sangat-sangat mesra untuk dijadikan peliharaan…mereka boleh jadi kawan kita.
Boleh jer kita lihat dari blog-blog pencinta kucing yang ada banyak sangat…semua mereka itu insan mulia….semoga Allah limpahkan rezeki pada semua pencinta haiwan seperti PAPA HERO dan PAPA MEOW
8 comments:
hero di beri nyawa sehingga kini utk sedarkan & tunjukkan pd kita betapa kejamnya yg bernama manusia
@ the lekat lekit story:
DeQdEq tak boleh terima ada manusi yang sekejam ni...hanya Allah yang mampu membalas kejahatan atau kebaikan di muka bumi ni...semoga manusia itu sedar akan kesilapan dia
nama dia Lucky ye kak? kat mana dia sekarang?
@ sunah mohammad:
Lucky skrg DeQdEq dah bagi kat Papa Meow...sunah boleh tgk entry2 akak sebelum ni...semuanya pasal Lucky
sedih sgt dengan nasib HERO...tapi die mmg hero yg sebenar... mennagis2 tgk video tu..
@ ketawa riang:
mmg sedih sgt...DeQdEq pun sama juga...menangis2 tgk video hero tu...kejam sungguh manusia tu
tu la kan... sedih sgt...Hero contoh terbaik yang menunjukkan manusia ni kejam terhadap haiwan..
@ ketawariang:
betul tu...Allah panjangkan umur Hero supaya boleh menjadi bukti kekejaman manusia...
kalau la org yg seksa HEro tu tgk balik psl Hero ni..ntah2 dia akan dibayangi rasa bersalah dan berdosa sampai ke mati...
Post a Comment