DeQdEq telah di’tag’ oleh Cik Eyqa lagi…kali ni utk join segmen jom berkenalan dari catatan loqman hakim…dua tiga hari sibuk skit, tak sempat nak siapkan..jadi nih baru sempat nak siapkan….
Untuk join segmen ni, DeQdEq perlu menjawab 7 soalan berikut, Jom kita layannnn….
-Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)
DeQdEq masih single…belum berkahwin….tengah menunggu masa nak kawen yang tak tau bila lagi..hehehe
-Ceritakan tentang diri anda (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)
Apa yang rasanya korang nak tau pasal DeQdEq yer…DeQdEq merupakan anak bongsu dan tunggal perempuan dari 6 adik beradik….kini berumur 25 tahun..graduan dari UiTM dalam jurusan Sarjana Muda (Kep) Sains dan Teknologi Makanan.
Kini, bekerja sebagai Penasihat Kewangan atau Wealth Advisors dengan CIMB Wealth Advisors…kalau sapa2 yang perlukan khidmat DeQdEq boleh jer hubungi DeQdEq….kalau nak tau produk dari CWA dengan lebih detail…boleh la singgah >>>> SINI
-Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)
Blog ^_^ penawar rindu, pengubat jiwa ^_^ ni merupakan blog persendirian yang mana DeQdEq gunakan sebagai medium untuk meluaskan rangkaian kenalan yang dah sedia ada. Selain tu, DeQdEq suka untuk menulis dan berkongsi apa yang best kat blog nih… terutamanya bab-bab motivasi mcm tu…sbb dulu cita2 konon nak jadi kaunselor…hehehe
-Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Pandangan DeQdEq mengenai dunia blog nih, blog merupakan medium yang sangat-sangat hebat pada zaman milenium nih untuk meluaskan rangkaian dan juga mempromosikan produk andai kita sebagai usahawan. Selain tu, sesiapa yang minat menulis boleh melatih diri di blog ni untuk menghasilkan tulisan yang berkualiti, selain boleh dijadikan hobi, kita juga boleh menjana pendapatan pasif dari menulis blog ni.
-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
Pastikan dahulu apa tujuan anda menulis blog. Jangan jemu untuk belajar dalam dunia blog ni.Terlalu luas dunia blog ni yang perlu kita terokai, jadi jangan mudah bosan. Kena kuatkan semangat. Jadi, andai telah memilih untuk memiliki blog sendiri, kuatkan azam dan buatlah bersungguh-sungguh. Jangan hangat-hangat tahi ayam je yer.
-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
Keunikan pada blog DeQdEq ni apa yer…emmm….mcm susah plak nak cari apa yang uniknya blog DeQdEq nih…korang rasa, korang tau tak apa yang uniknya? sukar la DeQdEq nak tafsirkan apa yang unik di blog DeQdEq..
-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
InsyaAllah selagi hayat dikandung badan DeQdEq akan terus menulis blog dan sekiranya blog masih menjadi tarikan di mata Malaysia. Impian DeQdEq dalam dunia blog ni ialah ingin berjaya dikenali sebagai seorang blogger dan juga DeQdEq ingin menggabungkan dunia blog dan dunia kerja DeQdEq…harap sangat akan dapat tercapai dalam tahun 2011 ni.
Akhir sekali. DeQdEq ingin tag kawan-kawan DeQdEq yang lain:
No comments:
Post a Comment