Namaku Blacky, aku dilahirkan dengan berbulu panjang dan lebat yang berwarna hitam pekat. Tapi aku tak jahat..kenapa orang selalu takut dengan kucing hitam macam aku..hari ni Blacky nak bercerita dengan anda semua….Blacky akan menggantikan DeQdEq buat seketika….
Black cat….kucing hitam…takut tak anda dengan kucing hitam? Blacky tak tau apa yang menyebabkan orang takut dengan kucing hitam? Pelik betul…padahal kucing ni semuanya comel, walaupun kucing tu hitam legam mcm Blacky…*wink*
Tak tau la salahnya di mana, dari satu zaman dulu, ada satu kepercayaan yang diwujudkan bahawa kucing hitam ni simbol kejahatan. Kalau ada kucing hitam ni, mesti akan ada sesuatu yang tak baik akan berlaku. Kesian betul kan pada mereka yang percayakan kepercayaan karut ni.Tak lepas juga kucing hitam ni juga dikaitkan dengan ahli sihir @ witch.
Blacky tak pernah jumpa witch, tapi Blacky selalu dengar cerita pasal witch ni…witch ni jahat…betul ker? Bila dah selalu Blacky dengar cerita pasal witch yang jahat-jahat, takut rasanya nak jumpa witch….dah tu orang selalu kata, kucing hitam macam Blacky nih, mmg kawan baik dengan witch…mana ada…Blacky tak kawan pun dengan witch…Blacky berkawan dengan pencinta kucing macam DeQdEq…
Pada petang yang sejuk nih, sebab hujan telah turun dengan lebatnya…jom kita sama-sama menyusuri alam ahli sihir bersama Blacky.
Siapakah ahli sihir @ witch? Witch selalunya sinonim dengan wanita tua yang bermuka sangat-sangat hodoh, berhidung panjang dan tajam, mempunyai dagu yang berlekuk, tapi lekuknya tak cantik macam Siti Nurhaliza….lekuk di dagu witch nih menambahkan lagi buruk di wajahnya.
Contoh macam dalam gambar kat bawah ni. Tapi ada juga yang berdagu panjang… Banyak lagi la rupa witch yang cuba digambarkan betapa hodoh dan menakutkan kita. Blacky pun tak sanggup nak tengok muka witch….baik Blacky lari dulu dari bertembung dengan witch…..
Jangan pula lupa, penampilan dan imej witch nih sangat la mudah dan simple jer…tak yah nak pakai bedak berkilo-kilo kat muka dia….kalau pakai pun buat apa….dah memang buruk rupa witch kan…pakai mcm mana pun tetap hodoh dan buruk serta menakutkan. Pakaian witch hanya jubah hitam dan topi hitam tajam macam dalam gambar kat bawah ni. Kenapa la witch ni pilih warna hitam kan….agaknya sebab tu la ramai orang tak suka kucing hitam macam Blacky ni. Tak pasal2 Blacky yang dapat tempiasnya.
Apa yang Blacky dengar, witch ni tinggal di atas puncak bukit, di dalam istana hitam dan gelap. Istana hitam tu pula mesti dipenuhi oleh kelawar-kelawar hitam yang sangat banyak. Ye la, istana besar, tapi yang tinggal kat dalam tu cuma witch ni je sorang, Manala kelawar tu tak suka nak melepak sama. Jalan ke istana hitam ni plak mesti dipenuhi pokok-pokok besar yang cuma tinggal ranting kering je. Permandangan yang tak cantik langsung. Jadi, siapala yang berani nak pergi istana atau tempat tinggal witch ni.
Kemudian, apa yang Blacky tau lagi pasal witch nih…..witch tak perlukan Honda ke, Nissan ke atau apa kereta berjenama sekalipun untuk bergerak ke sana dan ke sini….Sebabnya, witch ada batang penyapu (broom stick) yang boleh digunakan oleh witch ke mana jua dia nak pergi….Yang best pasal batang penyapu ni, boleh terbang….jadi kalau la Blacky jadi tawanan witch, dan dapat melepaskan diri dari Istana Hitam witch kat atas tu, pasti witch akan cepat-cepat capai batang penyapu tu dan keluar ikut tingkap dan terbang untuk mencari Blacky semula.
Macam mana Blacky nak lari, sebabnya witch tu boleh menyusup ke sana dan ke sini dengan mudah sekali menaiki batang penyapu tu. Lepas tu, yang lagi menakutkan, hidung witch nih boleh bau jer mangsa dia kat mana-mana pun. Sebab tu agaknya hidung witch ni panjang macam tu. Supaya dia boleh gunakan sebagai ‘sensor’ nak cari mangsa-mangsanya…memang menakutkan la, habis Blacky nak menyorok kat mana lagi kalau witch boleh je hidu bau Blacky….serammmm….tolong Blacky….
Lepas tu, Blacky paling seram bila witch ni mula nak masak segala ramuan untuk hasilkan ‘potion’ atau air sakti…ye la kot..sebab ‘potion’ yang dihasilkan oleh witch ni ada bermacam-macam jenis….ada yang beracun, ada yang boleh membunuh dan macam-macam la lagi…Blacky takut, kalau Blacky nih jahat, witch lempar je Blacky masuk dalam periuk besar dia tu….tak nak la Blacky…witch ni betul-betul menakutkan la…menyeramkan dan membuatkan bulu Blacky ni meremang juga…dah kembang-kembang dan terpacak dah bulu Blacky nih sebab takut dengan witch ni…Mana la DeQdEq nih, naper tak datang-datang lagi….*meaow*
Blacky dah tak sanggup lagi nak citer pasal witch ni….takut dah rasanya….semua yang Blacky cerita kat sini pun, sebenarnya DeQdEq la yang cerita..bila DeQdEq buka ja cerita pasal ahli sihir @ witch ni, Blacky mesti dah menyorok bawah bantal dulu sebab takut…
DeQdEq ada bagitau yang DeQdEq nak tengok movie baru pasal witch juga….kata DeQdEq citernya best..tapi Blacky mana boleh ikut pegi tengok wayang pun. Inilah citer nya “Season of The Witch” lakonan Nicolas Cage yang akan berada di pawagam mulai 6 Januari 2011.
Kata DeQdEq lagi, Nuffnang yang disayangi nak bagi tiket untuk tayangan perdana kepada Nuffnangers yang bertuah. Harap-harap la DeQdEq bertuah juga….Jadi, nanti deQdEq bolehla bercerita kat Blacky plak mcm mana bestnya movie ni.
No comments:
Post a Comment