Assalamualaikum,
Entry ini ditulis khas sebagai menyiapkan assignment Dr Azizan sewaktu DeQdEq menghadiri seminar Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada 29,30 dan 31 Julai lepas di Wisma MCA.
Seminar 3 hari yang sangat hebat, hanya yang hadir mampu merasai kelebihan seminar IMKK ni…memang sangat membantu untuk kita mengubah hidup.
Pada hari terakhir, Dr Azizan telah berikan assignment kepada semua peserta yang mana kami perlu menyenaraikan 101 impian. Kerana kejayaan itu bermula dengan impian. Masih ingat lagi dengan entri DeQdEq tentang Jangan takut untuk punyai IMPIAN BESAR…kerana…
Bukan mudah untuk DeQdEq senaraikan semua impian ni…memang betul kata Dr Azizan bahawa bila dah cuba senaraikan impian ni baru kita tahu betapa kita miskin dengan impian. Baru impian yang ke 20, DeQdEq dah merasa buntu…apa lagi impian yang aku ada….apa lagi yang aku ingin capai? Apa lagi yang aku boleh lakukan untuk menambah nilai pada orang lain.
Berikut DeQdEq senaraikan 101 impian DeQdEq, insyaAllah semua impian ini pasti dapat dilaksanakan jika yakin dengan Allah dan juga usaha yang tak pernah lekang.
Dari skop kerjaya:
1) Mendapat 2 tiket untuk Premier Club 2012 (Double Qualifier) = berjaya mencapai target 4,500,000 point
2) Beli 1 tiket ekstra untuk Ayah ikut sama ke percutian bagi Premier Club 2012
3) Million Dolar Producer (MDP) setiap bulan bermula Ogos 2011
4) Naik pangkat sebagai Agency Manager (AM) pada Disember 2013
5) Mempunyai anak didik sepenuh masa seramai 20 orang yang komited sebagai Ejen CWA
6) Naik pangkat sebagai Group Agency Manager (GAM) pada Disember 2014
7) Mempunyai syarikat sendiri yang pertama
8) Buka agency di Sungai Petani, Kedah
9) Mencapai target dan menjadi qualifier setiap tahun bermula tahun 2011
10) Tersenarai sebagai salah seorang di dinding Hall of Fame CWA
11) Mempunyai seorang pembantu peribadi sepenuh masa
12) Mempunyai sebuah laptop baru
13) Mempunyai sebuah komputer di pejabat
Dari skop kehidupan:
14) Berkahwin pada Disember 2012
15) Mempunyai seorang suami yang soleh, penyayang dan dapat membimbing isteri dan anak-anak ke jalan Allah
16) Mempunyai 6 orang anak yang soleh dan solehah
17) Mempunyai sebuah BMW 528i M Sport berwarna merah metallic
18) Mempunyai telefon Blackberry baru
19) Mempunyai sebuah Blackberry Playbook
20) Mempunyai sebuah iPad 2
21) Mempunyai gelang tangan emas
22) Mempunyai beg tangan Coach
23) Mempunyai koleksi beg LV
24) Mempunyai koleksi barangan AIGNER
25) Mempunyai koleksi barangan Mont Blanc
26) Mempunyai jam tangan ROLEX
27) Berjaya menurunkan berat badan dan kekalkan berat badan 55kg
28) Hidup sihat, cantik dan langsing
29) Mendapatkan rawatan rambut gugur dan rambut kembali lebat dan hitam
30) Mendapat 2 tiket ke Konsert Westlife pada 7 Oktober 2011 (tempat duduk paling depan pentas)
31) Mempunyai kamera DSLR
32) Menukar tayar dan rim kereta CLK (my cute little kancil)
33) Mengecat CLK dengan warna pink
34) Memasang filem penapis haba (tinted) pada CLK
35) Mempunyai pelatih kecergasan peribadi
36) Mempunyai konsultan imej, designer dan tukang jahit peribadi
37) Mempunyai doktor peribadi dan keluarga
38) Mempunyai doktor gigi peribadi dan keluarga
39) Berjaya menguasai tajwid dan memperbetulkan bacaan Al-Quran
40) Sentiasa menghadiri majlis ilmu untuk mempelajari ilmu fekah, tauhid dan lain-lain
41) Mempunyai yatch peribadi
42) Mempelajari scuba diving
43) Mencuba Sky Diving
44) Melakukan bungee jumping
45) Belajar memanah
46) Belajar menembak
47) Belajar menunggang kuda
48) Mempelajari dan fasih bercakap Bahasa Mandarin
49) Mempunyai banglo di Sungai Petani
50) Mempunyai banglo mewah dilengkapi kolam renang
51) Mempunyai banglo mewah dengan 8 bilik tidur, 5 bilik air, bilik solat, perpustakaan mini, gym mini dan pejabat mini di Shah Alam.
52) Mempunyai banglo percutian di Cameron Highland
53) Mempunyai banglo percutian di Langkawi
54) Mempunyai banglo rehat di Janda Baik
55) Mempunyai ladang buah-buahan seluas 60 ekar
56) Menjadi ahli kepada kelab-kelab mewah
57) Menjadi ahli di hotel-hotel mewah
58) Meluangkan masa seminggu sekali di spa & salon
59) Mempunyai rangkaian rumah sewa
60) Membuka pusat penjagaan kucing-kucing terbiar dilengkapi dengan doktor dan alat perubatan yang lengkap.
61) Menyambung pelajaran dan berjaya mendapatkan Master & PhD dalam bisnes, kewangan, psikologi dan human behaviour.
62) Menunaikan haji pada umur 30 tahun
63) Mempunyai kereta Bentley berserta pemandu yang bertauliah, cekap, beriman, jujur dan amanah.
64) Bercuti menaiki cruize
65) Bercuti bersama suami ke Kepulauan Sabah
Dari skop kewangan:
66) Menjadi jutawan bila mencecah umur 30 tahun ( tahun 2015)
67) Mempunyai simpanan wang tunai RM 1,000,000 pada umur 30 tahun
68) Memegang polisi takaful bernilai RM 5,000,000
69) Mempunyai simpanan emas bernilai RM 500,000 pada umur 30 tahun
70) Menjana pendapatan RM 100,000 sebulan melalui syarikat pertama.
Dari skop menambah nilai kepada keluarga dan orang lain:
71) Mengubahsuai rumah mak ayah
72) Memasang lantai kayu lamina di rumah mak ayah
73) Memasang langsir baru untuk rumah mak ayah
74) Membeli TV LCD 42” untuk rumah mak ayah
75) Memasang pendingin hawa baru di rumah mak ayah
76) Mengerjakan Umrah bersama mak ayah pada Mac 2012
77) Duit belanja persekolahan untuk anak-anak sedara kesayangan setiap tahun
78) Bercuti bersama mak ayah, abang dan isterinya juga anak-anak sedara di kampung ke Hong Kong Disneyland
79) Membina rumah kayu yang cantik sebagai homestay untuk ayah.
80) Mengupah pembantu rumah Melayu yang beriman, jujur dan amanah di rumah mak ayah
81) Menghadiahkan Mercedes S-class untuk mak ayah berserta seorang pemandu yang bertauliah, cekap,beriman, jujur dan amanah.
82) Kembara ke Eropah bersama keluarga menaiki caravan
83) Menjadi seorang motivator & kaunselor yang berjaya memberi semangat kepada orang ramai
84) Menjadi sukarelawan
85) Membina masjid
86) Membina madrasah
87) Membantu golongan berpendapatan rendah/ miskin untuk bebas hutang dan hidup kaya dan berjaya
88) Menganjurkan Klinik Bijak Wang untuk semua golongan ( dari peringkat kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa)
89) Membina bisnes keluarga
90) Menjadi penulis dan melahirkan buku motivasi dll
91) Mempunyai rancangan bual bicara sendiri
92) Muncul di kaca TV dan radio
93) Penulis dalam ruangan majalah
94) Muncul di muka hadapan majalah terkenal
Lain-lain:
95) Menghadiahkan Toyota Alphard kepada suami
96) Membantu suami dalam pengusahaan bengkel mengecat kereta bertaraf 5 bintang
97) Menikmati makan malam bersama suami di restoran mewah seminggu sekali
98) Meluangkan dan menghabiskan masa berdua bersama suami di hotel/ resort seminggu sekali
99) Mempunyai kilang dan menghasilkan makanan halal yang digemari ramai
100) Berjaya membantu dan melahirkan lebih ramai bangsa Melayu yang kaya dan berjaya di dunia dan akhirat
101) Menyara ramai anak yatim/ anak terbuang dan lain
102) …..
103) …..
104) InsyaAllah akan ada lebih banyak impian
Alhamdulillah…siap juga akhirnya…semoga dipermudahkan jalan oleh Yang Maha Kuasa….aminnnn
1 comment:
jom befikr sejenak http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/jom-berfikir.html =)
Post a Comment