Siapa yang dah tengok Hikayat Merong Mahawangsa? Kalau yang dah tengok mesti rasa kagum dengan hasil anak Melayu kita kan? Banyak sangat yang dapat dipelajari dari filem hikayat tersebut….tapi DeQdEq bukan nak buat ulasan tentang filem epik Malaysia ni…
Penangan selepas menonton Hikayat Merong Mahawangsa…begitu indah rasanya bahasa Melayu klasik….bukan macam sekarang ni, bahasa kita dah banyak ditokok tambah kan…
Dah bunyinya lain sangat Bahasa Melayu moden ni…bila sesekali mendengar bait-bait puisi indah dari Filem HMM tu, terasa Bahasa Melayu kita sangat indah…
Jadi, malam ini DeQdEq terasa ingin berpantun bila bertukar suasana baru…
Hayati pantun-pantun di bawah ye….kalau rasa ingin membalas pantun DeQdEq ni silakan….ataupun sudi-sudi la komen tentang wajah baru….
Sungguh indah si rama-rama
Sayangnya mati dipijak Mak Lijah
Jemu sudah dengan yang lama
Ingin rasanya ku bertukar wajah
Dingin malam salju rasanya
Langit cerah ingin ku pandang
Hati kecilku ingin bertanya
Apakah sejuk mata memandang?
Kalau nak tahu, sebenarnya waktu sekolah menengah dulu DeQdEq pernah mewakili Negeri Kedah dalam Pertandingan Pantun Peringkat Kebangsaan.Kiranya DeQdEq ni pemantun la dulu…hehehehe
6 comments:
pagi-pagiku bangun tidur
gosok gigi terusku mandi
hati ini sungguh terhibur
melihat rupa blog mu kini
main bola di tengah padang
panas terik tidak peduli
Mata ini sejuk memandang
melihat wajah blog berseri
peluh buat pantun ni
tak tgk lagi hikayat merong mahawangsa /
@miss ran
wah....terima kasih kerana membalas patun deqdeq ni...heheh
hebat berpantun nie...
try pantun jap... 2kerat jer..
pergi ke kedai hari selasa..
belum lagi tengok merong mahawangsa..
salam
ada ckp besh, ada ckp x besh...sy ni x minat filem..hehe
pergi pekan beli nestum,
singgah sebentar makan durian,
alief terpegun bercampur kagum,
lepas tahu yg awk pemantun kebangsaan
hebat la awk ni deqdeq..mesti nnti awk nak letak syarat kat org nak melamar awak supaya pandai berpntun kalau nak dtg jadi suami awk..huhu..gurau je..
Post a Comment