Ada apa dengan contest..kenapa ramai blogger yang menganjurkan contest ye? Banyak sebabnya…salah satu mungkin sebagai tanda penghargaan buat pengunjung dan follower blog.
Bila buat contest, secara tak langsung kita dapat menarik lebih ramai pengunjung atau dapat tingkatkan trafik blog kita. Bila ada contest, mesti ada hadiah yang ditawarkan betul tak?
Bila ada hadiah, tambah-tambah plak hadiah yang ditawarkan sangat-sangat menarik, mesti ramai yang akan cuba turut serta. Betul tak?
DeQdEq sendiri pun suka juga join contest, giveaway dan lucky draw yang dianjurkan oleh blogger nih. Setakat ni, dah 2 kali juga DeQdEq bertuah dan menang juga dapat hadiah…
DeQdEq pernah menang contest dari Tasha dan juga Giveaway Frozen Resolles. Hadiah yang DeQdEq dapat dari Tasha ialah RM 50..manakala giveaway dari Asma lak DeQdEq dapat Frozen Resolles. Resepi ciptaan Asma.
Inilah rupa Frozen Resolles yang DeQdEq terima….mmg agak lembik la..sebab kena courier tak duduk dalam freezer kan..jadi rupanya macam ni la.
Ini lak rupa Frozen Resolles yang sedang digoreng.
Dan ini hasilnya setelah digoreng…rupa sangat la buruk sebab DeQdEq terlebih goreng sampai hangit plak.
Berbalik semula pada persoalan tentang apakah faktor yang menyebabkan ramai yang akan menyertai contest tersebut? Salah satunya tadi, DeQdEq dah bagitau tentunya pasal hadiah. Hadiah menarik, pasti ramai akan mencuba.
Apa lagi faktor-faktor yang lain? Nak tahu? DeQdEq pernah juga bertanya kepada blogger hebat iaitu Eyriqazz.
Ok, kalau nak tau apa yang Eyriqazz berkongsi dengan DeQdEq….tunggu sambungan entri ini yer…dah terlampau panjang plak kang korang malas nak baca…heheheh
4 comments:
alorr...ada sambungan pulak *tgh syok baca nih hehe
Tahniah atas kemenangan DeQdEq dlm 2 contest tu. :)
Hehe... sy akan tggu kesinambungan entri ni. ;D
@meowwmania
nanti deqdeq sambung yer...
@oktant
terima kasih...
tunggu tau kesudahan entri ni
Post a Comment