Selamat petang…hari ini hangat atau hangit? amik tagline Hot FM Jam sikit…heheheh
Dah lemau ke? Atau masih bersemangat waja….hehhehe…
Baru nak update blog untuk hari ini…macam biasa DeQdEq jalan-jalan dulu melawat blog lain untuk baca entri apa yang menarik. DeQdEq ni sebenarnya, banyak perkara nak dikongsikan di blog ni, cuma kekangan masa menyebabkan banyak entri yang terbantut.
Dalam file draf di Windows Live Writer, berderet-deret entri, tapi semuanya tak siap lagi…jadi simpan la dulu sebagai draf…huhuhuh….Jeles betul dengan Abang Ben Ashaari yang sentiasa update blog dengan entri-entri yang sangat menarik.
DeQdEq kerja, Ben Ashaari pun kerja….Ben Ashaari dah kahwin, DeQdEq ni tak kahwin pun lagi….tapi kenapa DeQdEq tak boleh nak update blog macam Ben Ashaari. DeQdEq sendiri masih tercari-cari, apa kekurangan DeQdEq, apa lebihnya Abg Ben….sedangkan masa yang diberikan pada kita semua adalah sama iaitu 24 jam sehari…tak plak Abg Ben dapat 30 jam sehari kan?
Di saat DeQdEq menulis entri ini, rupanya Abang Ben ada post Vblog kedua beliau….cemburu sangat dengan Ujang, sebab sejak buat Vblog ni, Ujang asyik menjadi sebutan Abang Ben je….huhuhuhu
Sepertinya Abg Ben menjawab pula pertanyaan DeQdEq ini….jadi kalau korang nak tau macam mana hebatnya Abg Ben boleh menghasilkan 30 entri dalam satu hari….JOM TENGOK VBLOG NI
Selain itu, bila melihat contest 5-5-5 DeQdEq masih belum mendapat penyertaan yang menggalakkan…kenapa dan mengapa? Tolong bagitau DeQdEq…
Setakat ni DeQdEq baru terima 5 penyertaan….DeQdEq sangat-sangat berterima kasih kepada MEREKA ini….
Apakah kerana susah sangat contest yang DeQdEq buat ni….atau memang ramai yang tak suka apabila bercakap tentang pengurusan kewangan…
Disebabkan masih ramai atau DeQdEq boleh katakan anak muda dan juga Melayu, yang masih cetek ilmu mereka tentang kewangan ini….membuatkan DeQdEq terfikir untuk menganjurkan contest sebegini bagi mendidik anak muda dan bangsa Melayu kita.
Bila sebut tentang ekonomi, pasti semua boleh jawab dengan tepat siapa yang banyak menguasai soal ekonomi kan?
Yang kita ni, nak suruh menabung RM 1 sehari pun rasanya susah betul tak? Habis macam mana nak mengusai ekonomi, andai ilmu malas di cari, kemudian apa yang diajar atau ilmu yang dapat tak nak pula diamalkan…
Susah sangat ke contest 5-5-5 DeQdEq nih….apa kata cuba bukakan minda dan berfikir tentang macam mana nak menjadi kaya dengan RM 1 satu hari….pernah tak terfikir?
Kalau ada jawapannya, jom join Contest 5-5-5 DeQdEq.
10 comments:
ni pendapat akak je deqdeq.. kebanyakkan contest di blog ni sgt2 simple.. kebanyakkan blogger lbh suka sesuatu yg mcm tu. kalau deqdeq menggunakan tema yg sama tp dengan syarat yg lebih simple maybe org berminat untuk join kot.. nak buat macam mana deqdeq.. itu kemahuan ramai. kita kena akur juga. takpe la.. maybe sikit hari lg ramai yg join kot. apapun sesuatu kejayaan tu tak dtg bergolek.. sabar je dik
salam akak~
rasanya mungkin contest ni agak susah...:)
deqdeq..cma nk join contest tu...tgguuuu...
wah panas..huhu akim mmg nk join kontest ni but...xde mase skung byk kerja yang perlu siapkan klu bole pon hari mggu ni la...ok ekk...Deqdeq
@THE LEKAT LEKIT STORY
betul tu...bila contest simple ni sng nk buat entri,tak yah nk bg komitmen yg tinggi utk perah otak...
tapi contest yg perlu komitmen lebih ni berbaloi pula dr segi hadiah yg ditawarkan selalunya...heheeh
tak apa kak...deqdeq pun tak harapkan penyertaan yg byk sbb tau ini contest pertama yg deqdeq buat...pastu mencabar plak hehehhe...
tapi klu dpt dlm 20 org pun dh sgt2 byk pd deqdeq
@Sunah Mohammad
tak apala...klu susah mereka yg join ni mmg layak la dpt hadiah lumayan kan...hehehe
@Cma Shiema
terima kasih cma..deqdeq tunggu
@Muhamad Luqman Hakim Mahmud
tak apa, klu ada masa nnt join la ye....terima kasih
kena sentaise menaip or mngarang
kalau ade mse cpt2 updte..abg ben tkpe die slalu bwk lappy ke mne je
@Miss Ran
itulah...nak kena usung lappy ke mana2 juga la nih...klu dpt iPad lagi best
Post a Comment