Sebelum DeQdEq menerangkan cara-cara penilaian dan pemilihan pemenang Contest 5-5-5, rasanya lebih baik DeQdEq terangkan dahulu objektif pertandingan dan kenapa konsep begini yang DeQdEq pilih.
OBJEKTIF:
1- Menghargai follower yang akan mencecah 555 juga pengunjung blog DeQdEq
2- Sambil kita suka-suka buat contest dan bagi hadiah, DeQdEq nak berkongsi maklumat dan mendidik tentang pengurusan kewangan dan harta ( maklumlah ini kerjaya DeQdEq dan DeQdEq rasa bertanggungjawab untuk membantu dan memberi ilmu tentang kewangan kepada orang ramai – macam sebelum ni DeQdEq dah kongsikan pasal client DeQdEq yang mengalami ketumbuhan dalam otak – BACA SINI )
CARA PENILAIAN:
1- Daya kreativiti
Memandangkan objektif pertandingan adalah untuk mendidik, jadi DeQdEq ingin mencari entri yang mempunyai input dan isi yang dapat memberi maklumat kepada pembaca. ( kalau kat sekolah tu kiranya macam alat bantuan mengajar la, lagi menarik lagi seronok nak belajar kan)
Cara penyampaian adalah bebas, ikut kreativiti anda, Tak semestinya dalam bentuk karangan panjang, pendek dan padat juga diterima asalkan dapat mendidik pembaca. Hanya isi penting mengikut point juga diterima.
Selain tu, dalam bentuk cerpen ke, dialog ke, kartun ke, pengalaman hidup ke…asal ada isi dan pendapat mengenai slogan CREATE, PROTECT & PRESERVE.
Kesimpulannya, karya anda adalah bebas dan terpulang kepada kreativiti anda, apa yang penting ada isinya.
2- Pengetahuan am
Ini yang DeQdEq maksudkan dengan isi dalam entri anda. Maksudnya, taknak la entri tu kosong, menulis tapi tak ada input langsung…membebel je lebih..heheheh
Walaupun hanya satu isi atau point, tapi anda dapat sampaikan dalam bentuk yang menarik sudah cukup menepati kehendak DeQdEq. Contohnya, anda ingin berkongsi pasal slogan CREATE…ceritakan lah kenapa dan apa hanya pasal CREATE.
Kalau nak cerita pasal PROTECT sahaja pun boleh…terpulang pada anda yer.
Tak semestinya anda perlu mengulas ketiga-tiga slogan di atas.
Untuk membantu anda, DeQdEq memberi tempat rujukan yang mungkin dapat membantu anda mendapat pengetahuan tentang kewangan. Anda boleh RUJUK SINI.
Okey? Rasanya susah ke contest DeQdEq buat ni? hanya 2 kriteria ini yang akan DeQdEq dan JURI PROFESSIONAL akan nilai.
Rasanya, berbaloi dengan HADIAH yang ditawarkan, betul tak…memang agak lain konsep pertandingan yang DeQdEq anjurkan ni. Sebab berbalik kepada objektif, DeQdEq ingin mendidik.
Semoga, objerktif DeQdEq akan tercapai. Semoga korang semua sudi join dan memeriahkan contest pertama DeQdEq ni.
Sebarang pertanyaan atau sebarang pendapat, sila tinggalkan komen di entri ini yer.
11 comments:
apa contest nye
@Nadhirah Ahmad
untuk contestnya, tunggu pelancarannya tgh malam ni atau 5 Februari....
Tahniah di atas contest yang akan dilancarkan :)
*Kak e surrender awal2 sebab memang tak pandai nak buat benda2 tu semua ;)
wah..cam susah gak. huhu..Insya Allah Akma try test. masa lama lagi nih..hehe
@umi_e
ala kak e...join la...setakat bagi pendapat psl kewangan je
@AkmaFaizal
tak susah la akma...cuma bagi pendapat atau apa2 je berkaitan kewangan sbnrnya
wah, macam kontest mega! hehe~
@Sunah Mohammad
mana ada mega pun sunah...deqdeq saja nak mendidik sambil berseronok...heheh
puzzle dah siap sebab I suka main puzzle. tapi nak buat isi entry tu hurm.....
@Tasha
byk masa lagi tasha...tulis la apa2 pasal kewangan...mcm nape perlu simpan duit...
me zero bab2 finance, tp me akan cuba join, me tulis from layman point of view ajerlah yer :)
Post a Comment