Amboi-amboi DeQdEq nih nak bercerita pasal suami isteri konon…kawen pun belum ada hati nak bercerita pasal hubungan suami dan isteri…hehehhe
Bukannya DeQdEq nak ceritakan kisah DeQdEq, memandangkan DeQdEq belum berkahwin…apalah sangat yang boleh nak kongsikan kat blog ni kan…lebih baik pegi blog para isteri dan suami yang hot lagi meletup.
Cuma DeQdEq nak berkongsikan berita yang rasanya patut diambil perhatian oleh para isteri terutamanya dan juga suami demi mengharmonikan rumah tangga. Apa rahsia sehinggakan pasangan warga emas ini masih tetap mesra dan erat seperti pengantin baru. Si isteri pula telah melahirkan 23 orang anak….
Bayangkan lah sampai 23 orang anak….x caya DeQdEq bila dapat tau makcik atau nenek berusia 65 tahun ni pernah melahirkan 23 orang anak..selalunya setakat belas-belas tu biasa la dengar kan…
Yang paling best…nenek ni masih mempunyai payudara yang menawan okey, walaupun dah berusia dan pernah melahirkan 23 orang anak….ntah-ntah anak dara pun boleh kalah..hehhehe
Mantap kan makcik nih…jadi apa rahsia beliau…jom kita tengok sikit beberapa petikan yang DeQdEq ambil dari Harian Metro Online:
Jeles tak tengok kemesraan dan keintiman pasangan nih….
“Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.
“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.
Ini TIPS dari beliau:
“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.
“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.
“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.
“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.
Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.
“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.
“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.
Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.
“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.
Jadi, pada DeQdEq rahsia dan tips ni patut diteliti dan dipraktikkan oleh pasangan suami isteri dan pada yang masih bujang, jadikan ini ilmu dan bekalan untuk mengharungi alam rumah tangga nanti. Sama-sama kita renungkan.
Nak baca berita lanjut KLIK SINI
No comments:
Post a Comment