Dah banyak hari tunggu entri baru pasal Lucky dari Papa meow, tapi tak ada pun…mungkin Papa Meow sibuk sangat agaknya sampai tak sempat nak update entri.
Pagi ni, bangun je tido…tengok Papa Meow dah update entri baru..dan ada pasal Lucky.
Papa Meow dah buatkan alat bantuan untuk Lucky berjalan dengan baik. Alatnya dinamakan kerusi roda. Sangat-sangat kreatif papa meow nih…Kalau DeQdEq tak ada pun terfikir nak buat alat bantuan macam ni untuk Lucky.
Apa yang DeQdEq mampu fikir setakat jaga makan minum dan tempat tidur Lucky dengan baik, tu je lah…Tapi, Papa Meow sangat baik, mampu merasa simpati dan empati kepada Lucky. Sebab tu la Papa Meow boleh hasilkan kerusi roda untuk Lucky.
Walaupun nampak Lucky tak selesa lagi, mungkin juga boleh kita fikirkan sama-sama idea yang lebih baik untuk Papa Meow ciptakan alat bantuan yang lebih baik dari ini.
Atau nak kena panggil Kato datang tolong…heheheh…nak tau siapa Kato…TENGOK SINI.
JOM kita tengok aksi Lucky dengan kerusi roda ciptaan Papa Meow.
Dah jadi buaian dan mainan plak Lucky nih….heheheh
Kesian Lucky….mungkin tak selesa lagi
Ok, kalau nak tengok aksi-aksi Lucky lagi, boleh tengok di blog papa meow
24 comments:
dulu pernah de orang wat untuk kucing yang takde kaki..cube search kat utube..tapi lucky de kaki..huhu
alolo comel..~
tempoh membiasakan diri memang dia akan rasa x selesa.. tp memang kreatif la PAPA
teringat kucing akak dulu.. anak kucing yg takde ibu adik akak bawak balik. Yg si bongsu lak suka merepek.. di buat buai utk si kecik tu.. bila time nk bg susu dlm botol di sumbat la anak kucing tu dlm buai.. lama2 kucing tu jd serasi dgn buai.. nk tido je pandai masuk buai sendiri
@Sunah Mohammad
dah ada org komen kt blog papa meow dan share video utk buat kerusi roda pakai PVC...lg ringan dan sesuai rasanya
@ch!natsu
Lucky mmg comel kan
@THE LEKAT LEKIT STORY
hahhaha...comel je kucing pandai nak tido dlm buaian kan...
comel..hehe
@Ujang9897
comel kan...
nice gla kucen tu dok cmtu..
@iniialahaku
heheheh...comel kan bila dia duk dlm kain tu
Dia memang comel, skang tgh tido, tp tidonya atas tilam he3
@Papa meow
Lucky mmg suka sgt tido ats tilam...wkt tinggal dgn DeQdEq dulu, selagi kita x angkat dia naik letak ats tilam atau ats riba...selagi tu la dia asyik bising mengiau....
tp Lucky mmg sgt comel...
fuh!!!
bagus usaha papa kucing tu..
eheheee
seumur hidup ni pertama kali saya tengok kucing kena buai..selalu baby je.. hehehe
memang inovatif sungguh
o..ok la tu~ hehe..papa meow datang blog gak...terima kasih, terima kasih...hehe
bagus betul usaha papa meow...nanti nak buat jugak la kat rebbit i :)
kesiannya dia...... tapi boleh juga dia jalan kan....harap2 pas ni dapat alat yang lebih mudah untuk dia berjalan. bila jadi macam buai, nmpk comel pulak dia main kat situ
@mie
mmg sgt2 bagus usaha papa meow tu..
@Myvitrd
heheheh...kucing pun pandai nak kena buai juga..
@Sharinginfoz
itu la kan...papa sgt inovatif demi nak membantu Lucky
@Sunah Mohammad
papa meow singgah blog sunah ye...papa meow skrg rajin membuat kunjungan balas kan...
@nur ikhyar dee
rabbit ada masalah juga ke qeat? klu x dak nak buat apanya
@Tasha
itu la tasha...Lucky mmg boleh jalan tp tak stabil asyik jatuh dan pasti akn terhantuk sana sini...
sbb tu la papa meow cuba buat kerusi roda tuk Lucky
Post a Comment