Rasanya siapa yang singgah blog DeQdEq malam tadi…mesti ada baca entry DeQdEq pasal sorang blogger yang copy paste entry orang lain dan berbangga berbuat demikian sebab pada dia itu salah satu cara nak tingkatkan trafik blog dia.
Kalau korang belum baca lagi pasal blogger ni…korang boleh JENGUK SINI
Baru je tadi, DeQdEq terima komen di entry Sahabat Blogger : Pelajar Universiti Awam…komen tu datang dari blogger yang mengaku dirinya blogger sampah tersebut atau nama sebenar luqman hakim.
DeQdEq tak berapa faham maksud luqman hakim nih….korang tengok dan baca sendiri okey…
Macam mana? Lafaz maaf macam ni ok ke tak? DeQdEq tak de la marah sangat dia copy paste entry DeQdEq sebelum ni, sebab entry DeQdEq bukannya best macam entry Cik Epal…klu best mcm entry cik epal tu boleh la juga nak rasa marah kan…penat2 kita tulis entry, orang lain senang-senang amik dan letak kt blog dia.
Cuma bila dia share cara nak tingkatkan trafik blog dengan cara copy paste entry org lain tu yang buat DeQdEq agak emosi…..maka terlahirlah entry AMARAN tu…hehehhe
Nak copy paste tak salah tapi letak lah backlink kan…kalau ikhlas nak berblog…harap luqman hakim tak ulangi kesilapan yang sama….tulis la blog dengan penuh etika
No comments:
Post a Comment