Pagi tadi bila menonton Malaysia Hari Ini (MHI), segmen diorang bacakan tajuk-tajuk berita akhbar utama, agak mengejutkan bila dengar berita di laman utama Harian Metro mengenai video dua beradik dalam aksi terlampau….Mengucap panjang juga la, terkejut ada, hairan pun ada bila baca berita penuh kat HMetro Online nih.,,
KLIK pada imej untuk lebih jelas
Berikut petikan dari Harian Metro Online:
BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.
Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.
Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.
Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.
“Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.
“Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.
Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.
“Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa.
“Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,” katanya.
Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yang sukar dikawal.
Apa plak korang rasa bila baca pasal berita nih….pada pendapat DeQdEq pengaruh media mmg faktor penyumbang kepada masalah mcm ni. Ye la, DeQdEq penah berbual dgn seorang kakitangan di bahagian komunikasi atau pasal internet ni la, dia kata diorang mmg minta untuk ada sekatan penggunaan internet pada anak-anak kecil dan remaja bagi membendung masalah menonton video lucah dan sewaktu dengannya…tapi pihak yang berkenaan mahukan dasar bebas dan maju dalam semua hal, jadi biarla tak ada sekatan pun.
Pernah juga DeQdEq berbual dengan seorang cikgu plak, dalam majlis yang sama dan kami semua makan di satu meja yang sama, mmg dekat sekolah rendah dah ada pelajar yang mengandung dua tiga kali…tu baru sekolah rendah, tapi kebanyakan kes nih tak dihebohkan demi menjaga nama dan prestasi sekolah terbabit. Sama la juga kes mcm dua beradik ni kan…mana diorang tau pasal seks, hubungan intim semua nih kalau tak dari media, tak kisah la internet ke, TV ke, buku ke, atau majalah.
Tapi, pasal video dua beradik nih, DeQdEq agak musykil juga, macam mana budak sekolah rendah mcm nih dah boleh pegi tempah bilik di hotel dan berlaku plak aksi rakaman dari pihak ke-tiga. Ntah la kan, skrg nih apa yang tak mustahil kan…
Sama-sama kita berdoa semoga Allah memelihara iman kita, keluarga dan keturunan kita, seluruh umat nabi Muhammad, serta jauhkan dari segala maksiat demi mengejar impian yang SATU….iaitu MATI masuk SYURGA….amin….
8 comments:
belum tentu diaorang ini adik beradik... tajuk adik beradik ni cuma nak tambah sensasi
@ freeman:
itu la kan...ssh nak percaya juga diorang tu adik beradik...mgkn hanya sekadar nk bg berita lebih menarik
gila tol
@ hafizrahman.com:
kita x tau kebenarannya...hrp2 semua ni tak berlaku la...
erm...cam ade pihak ke 3 yg terlibat sbb
1. camera -dak kecik terer plak nk pasang camera dr pelbagai sudut pahtu nk edit2 lg..
2. book hotel -dorg ade duet ke..ntah2 IC pn tggal kat umah
@Amira Naddia
betul tu...DeQdEq pun berpendapat mcm tu...mcm mustahil la diorg ni yang pandai2 sendiri...mst ada yg suruh atau ajar
Seks tu ape? Olate tak paham lah...
kebarangkalian mereka telah diberi menda untuk dimakan/minum.
Post a Comment