Tuesday, 21 December 2010

Kesihatan: Tukar…jangan tak tukar (Part 3)

sambungan dari Part 2:

Bantal

Tukar: Cuci setiap tiga bulan sekali atau tukar setiap enam ke 12 bulan.

Sebab: Selepas enam bulan 10 peratus daripada bantal anda terdiri daripada hama, najis hama dan juga peluh. Apabila bernafas, kandungan ini akan memudahkan seseorang itu terdedah kepada lelah, rinitis dan resdung.

Apa kata DeQdEq:

Bantal ni, rasanya jarang kot rang tukar kan…kalau mak-mak kita dan nenek-nenek kita pun tak tukar…depa selalu jemoq bantal bawah sinaran matahari….antara sebabnya sebab hama juga la…orang-orang tua dulu dah tau dah semua nih….tp bkn secara saintifiknya la…Tapi, sekarang ni kan dah canggih….sembur Febreeze ja…senang citer…tak yah susah-susah nak angkut bantal-bantal yang dah penuh peta tu jemoq kat luar rumah…hehhee…tu kalau dok rumah yang ada laman la…tapi kalau yang dok apartment ke, kondo ke, tak tau la nak jemoq kat mana kan…takkan kat balkoni rumah plak….

 

Tilam

Tukar: Setiap lapan ke 10 tahun

Sebab : Proses perkumuhan semasa tidur menyebabkan keadaan lembab pada tilam. Semestinya keadaan itu merangsang kewujudan hama yang boleh merangsang asma dan juga masalah kulit terutama pada bahagian luka.

Apa kata DeQdEq:

Tilam ni pun sama juga la macam bantal….rasanya bukan lah selalu orang terfikir nak buang yang lama dan beli yang baru…melainkan tilam yang dah lama tu tak empuk lagi…spring dah rosak ke….baru la agaknya orang tukar kan…kalau kata nak jemur mcm bantal gila tilam gedabak tu nak angkut….baik sembur Febreeze sudah….kan senang….memang senang para isteri di zaman moden ni…hehhehe..tp keberkesanannya tak tau la…tp Febreeze kata boleh menghilangkan 99% kulapok ke apa tah….tu Febreeze kata dalam iklan dia….

 

Papan pemotong

Tukar: Sental dan nyah jangkitan setiap kali selepas digunakan. Tukar apabila permukaan papan pemotong semakin sukar dibersihkan.

Sebab: Kebanyakan papan pemotong menjadi rumah kepada bakteria 50 kali lebih daripada tempat duduk tandas. Apabila permukaan papan pemotong tidak rata dan kasar, adalah sukar untuk memastikan kebersihannya.

Apa kata DeQdEq:

Papan pemotong ni memang la kena selalu tukar…lebih baik lagi asingkan papan pemotong mengikut penggunaannya…papan pemotong utk sayur atau buah pastikan jangan guna untuk memotong ikan atau daging plak…seperti yang kita tau, daging dan ikan adalah makanan yang senang rosak, lagipun makanan basah mcm ni mmg boleh mengumpul bakteria, tambah2 bila ada darah….jadi tak elok utk kita campur papan pemotong. Lepas nih harap2 asingkan yer….kalau rasa papan pemotong tu dah tebal dengan daki, buang je la dan gantikan dengan yang baru….tak yah la nak kedekut sangat yer cik abang….belikan isteri anda papan pemotong baru kalau dah nampak kotor sangat.

 

Ok, sekian dulu perkongsian DeQdEq ni yer….Sumber di atas semuanya dari Utusan.

No comments: