Monday, 20 December 2010

Kemalangan bas lagi…di mana silapnya? pemandu? bas? atau syarikat bas? Jom kita tengok kronologi kemalangan bas sepanjang Tahun 2010

Setakat pukul 6 petang tadi, Berita Harian online melaporkan jumlah korban nahas kemalangan bas di Simpang Pulai meningkat ke 28 orang. Lagi berita pasal kemalangan bas dan meragut banyak nyawa. Di mana silapnya? Siapa yang harus kita persalahkan..Adakah pemandu yang bersalah? Pemandu memandu laju sehingga hilang kawalan. Adakah silapnya pada bas, bas lama, bas tak diselenggara mengikut jadual atas alasan syarikat bas nak jimatkan kos. Jadi, adakah salah syarikat bas.

image Sumber: Berita Harian

Kalau kita lihat balik dari awal tahun sehingga bulan Disember ni, sudah byk kemalangan yang melibatkan bas dan membawa maut. Yang paling baru merupakan kemalangan bas di Simpang Pulai ni. Mengikut laporan Berita Harian, kemlangan ni merupakan nahas bas terburuk negara. <TENGOK SINI>

Jom,kita tengok kembali sorotan berkaitan kemalangan bas di Malaysia hanya untuk tahun 2010 ni, tidak termasuk kemalangan bas di Simpang Pulai.

16 DIS -- Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.

14 DIS -- Seramai 14 orang pekerja kilang cedera apabila bas kilang yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Km 156.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban ke dalam parit.

11 DIS -- Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di kilometer 304.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gopeng, Perak.

4 NOV -- Seorang maut dan dua cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang, di km20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.

29 OKT -- Tujuh penumpang maut dan 39 cedera termasuk 17 parah apabila sebuah bas terlibat dalam kemalangan di KM36 Lebuhraya Karak ke Kuala Lumpur.

10 OKT -- 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terlibat kemalangan di KM223 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.

2 SEPT -- Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

27 OGOS -- Seorang pemandu bas ekspres terbunuh manakala tiga cedera parah dan enam cedera ringan apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km306.2 Lebuhraya Utara-Selatan.

17 APRIL -- Seorang penumpang patah tulang rusuk manakala enam yang lain cedera ringan apabila sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di KM32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.

20 MAC -- 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila kenderaan berkenaan terbabas dan terperosok ke dalam tali air di Km 42 Jalan Kuantan-Kemaman.

4 FEB -- 15 penumpang bas Ekspres Konsortium yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur nyaris maut selepas bas berkenaan melanggar dua kenderaan lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang. - BERNAMA

 

Disebabkan terlampau kerap kemalangan melibatkan bas ni, ramai yang rasa takut dan risau untuk menaiki bas. Macam kawan-kawan DeQdEq pun mereka lebih selesa dan selamat untuk memilih menaiki kereta api.

Apa lagi yang perlu dilakukan demi mengelakkan kemalangan maut seperti ni. Sememangnya, kemalangan bas di Smpang Pulai nih merupakan yang terburuk kerana meragut 28 nyawa….Sebelum ni kemalangan bas 10-10-10 meragut paling ramai mangsa iaitu 11 orang. Kini, Malaysia mencatat rekod baru lagi….iaitu 28 nyawa pula yang terkorban.

No comments: