Thursday, 18 November 2010

MISKIN SELEPAS BERSARA





Deqdeq ada terbaca artikel yg bertajuk "Miskin Selepas Bersara" dari Mingguan Wanita bil:1290 dalam ruangan Mengurus Kewangan tulisan Sunthara Segar....

Tajuk artikel ni pn dah menarik minat deqdeq utk tau apa isi kandungannya...maklumla berkaitan dgn kerja deqdeq kan....deqdeq takkan tulis keseluruhan artikel ni...cuma deq2 akan highlight isi2 penting ja la....

Antaranya:

1) 70% pesara mengahabiskan semua wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) mereka dalam tempoh tiga tahun selepas pencen. Ramai pesara risau kerana kehilangan sumber pendapatan atau kurang 'pitih' selepas bersara. Purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah di antara 55-75 tahun.

2) Purata caruman KWSP ialah RM 114,000 seorang. Sekiranya seorang pesara terus hidup sihat 20 tahun selepas bersara, pendapatan yang akan diterimanya ialah RM475.00 sebulan (mengikut congakkan kasar). Ini tidak mengambil kiraan sekiranya pesara itu telah mengeluarkan lebih awal caruman KWSP utk tujuan perbelanjaan atau pembelian aset-aset yang merugikan.

3) Mereka yang mempunyai gaji dan elaun puluhan ribu juga tidak terlepas dari rasa bimbang. Manakan tidak, bila bersara tiba-tiba cuma mendapat separuh daripada gaji pokok. Pangkat dan martabat yang selama ini diagungkan dan dihormati hilang ditiup angin. Persahabatan juga boleh hilang selepas bersara. Kurangla sahabat sepergaulan datang bertandang untuk mengajak keluar makan.

4) Bagi pembaca yang lambat lagi sampai usia persaraan, jangan tunggu sampai mentari persaraan di ufuk timur. Ambil tindakan sekarang dengan tip-tip berikut:

  • Mulakan secepat mungkin pelan pesaraan kedua selain KWSP
  • Duduk bersama isteri untuk membincangkan pelan yang sesuai " Rahsia Mengurus Insurans Hayat" tentang strategi persaraan berisiko rendah menggunakan dua alat kewangan yang sudah terbukti keberkesanannya semenjak 80 tahun lepas secara global.
  • Cari jalan untuk menjana pendapatan tambahan lain supaya dapat. duit untuk dimasukkan ke tabung persaraan masing-masing.
  • Cuba menyelesaikan semua hutang sebelum bersara contohnya hutang kad kredit dan hutang jangka panjang seperti pinjaman rumah.
  • Manjaga kesihatan kerana tiada guna jika dana persaraan yang menggunung dihabiskan semata-mata untuk membeli ubat-ubatan bagi meulihkan atau menyenggara tubuh berpenyakit.


Ini sahaja antara isi-isi artikel yg deq2 rasa menarik untuk berkongsi dengan semua orang....Bidang tugas deq2 mmg antaranya adalah memberi ilmu atau educate org ramai tentang perancangan kewangan mereka, terutamanya pelan persaraan anda....Hal ini kerana bila bersara kita sdh hilang punca pendapatan tetap....jadi kita mst sediakan payung sebelum hujan....sekarang ni mugkin kita tak terasa sakitnya lagi bila tak punya simpanan yg byk bila bersara nnt....hasil pertemuan dgn ramai client, byk cerita dan juga pengalaman client yg berkongsi mengatakan bila dapat ja duit KWSP samada pada usia 50 atau 55 tahun .....sekejap je duit tu habis mereka gunakan....guna untuk belanja anak-anak kahwin, ubahsuai rumah dan macam2 lagi la.....

Jadi, marilah sama2 kita renung-renungkan dan selamat beramal....:-)

No comments: