Bagaimana nak menjadi orang kaya? Rasanya semua orang menyimpan impian untuk menjadi orang kaya. Tapi bagaimana, apakah caranya?
Kali ini deqdeq nak berkongsi cara untuk menjadi orang terkaya di dunia. Deqdeq mendapat tips hebat ini dari buku tulisan Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni, siri penyejuk hati yang bertajuk 'La Tahzan' atau 'Jangan Bersedih' atau ' Don't Be Sad', Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemahuan (siri 1).
Dalam isi kandungan yang ke-28, muka surat 87 yang bertajuk "Redha Akan Anugerah Allah, Menjadikan Anda Orang Terkaya di Dunia".
Apa yang penulis cuba sampaikan adalah, makna dari sikap ini, anda harus rela hati dan bersyukur dengan setiap pemberian Allah, baik yang berupa bentuk badan, harta, anak, tempat tinggal ataupun bakat kemampuan. Dan makna inilah yang tersirat dari ayat Al-Quran seperti berikut:
........sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur. (Al-A'raf: 144)
Sebahagian besar ulama salafus-soleh dan generasi awal umat ini adalah terdiridaripada orang-orang fakir miskin. Mereka mereka tidak memiliki harta yang banyak, rumah yang indah, kenderaan yang baik dan juga pengawal peribadi. Namun demikian, mereka ternyata mampu membuat kehidupan ini justeru lebih bermakna dan membuat diri mereka dan masyarakatnya lebih bahagia. Yang demikian itu, adalah kerana mereka sentiasa memanfaatkan setiap pemberian Allah di jalan yang benar. Dan kerana itu pula, umur, waktu, dan kemampuan atau keterampilan mereka menjadi penuh berakah.
Sebaliknya terdapat sekelompok manusia yang telah dikurniai Allah dengan berbagai jenis kenikmatan berupa harta yang melimpah, anak ynag ramai, dan nikmat yang lainnya, tetapi semua itu justeru menyebabkan diri mereka sentiasa merasa penuh dengan penderitaan, kecemasan dan kegelisahan. Ini adalah kerana mereka telah menyimpang dari fitrah yang suci dan tuntutan hidup yang benar. Ini menjadi bukti nyata bahawa segala material (kekayaan, anak, pangkat, jawatan, kehormatan dan sebagainya) bukannya merupakan satu-satunya alat yang dapat menyelesaikan segala persoalan.
Sekiranya anda inginkan kebahagiaan, maka terimalah dengan rela hati bentuk tubuh yang telah Allah kurniakan untuk anda, redhalah dengan keluarga yang anda miliki, suara anda, kemampuan dayaingatan dan pemahaman anda, dan seberapa pun penghasilan yang anda terima! Bahka, orang yang memelihara sifat zuhud akan bersifat lebih daripada itu. Mereka akan berkata kepada anda: " Seharusnya anda berlapang dada terhadap apa yang anda miliku, meskipun ianya sedikit dan janganlah anda merasai kekurangan."
Ini memunjukkan bahawa harga diri anda ditentukan oleh kemampuan, amal soleh, kemanfaatan, dan akhlaq yang anda miliki. Oleh kerana itu, janganlah anda bersedih memiliki wajah yang kurang cantik, kekurangan harta, anak yang sedikit, dan rumah yang tidak indah! Terimalah setiap pemberian Allah dengan penuh kerelaan hati!
.......Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia......(Az-Zukhruf: 32)
Setakat ni dulu perkongsian dari buku 'La Tahzan'.
Berjumpa di tulisan yang akan datang. Semoga perkongsian ini sama-sama menjadi peringatan untuk diri deqdeq dan kita semua. Bersama menuju ke jalan yang diredhai Allah.
No comments:
Post a Comment